KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.23 billion kerugian direkodkan dalam tempoh lima tahun akibat jenayah siber di negara ini.
Jelas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berdasarkan hasil kajian buku Jenayah Siber di Malaysia yang diterbitkan Institut Keselamatan Awam (IPSOM), hampir 70 peratus kes jenayah komersial kini dikategorikan sebagai kes jenayah siber.
"Dalam buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet yang diterbitkan Institut Keselamatan Awam (IPSOM), KDN, menunjukkan ancaman siber dan penipuan dalam talian meningkat pada kadar membimbangkan.
"Hampir 70 peratus daripada kes jenayah komersial ketika ini dikategorikan sebagai kes jenayah siber. Angka ini amat mengejutkan. Bagi tempoh 2017 sehingga Jun 2021, PDRM merekodkan kerugian sebanyak RM2.23 bilion membabitkan jenayah siber," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam Majlis Pelancaran Buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Selasa.
Tambah Wan Ahmad Dahlan lagi, kerajaan Malaysia sentiasa memastikan tadbir urus dan koordinasi digerakkan dalam menangani isu keselamatan siber di negara ini.
"Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) telah meletakkan Malaysia di tangga kelima dalam Global Cybersecurity Index 2020 dan berada di tempat kedua di Rantau Asia selepas Singapura.
"Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam menangani keselamatan siber," katanya lagi.
Justeru tambahnya, usaha pelbagai pihak terutama dari institusi keselamatan siber dan kerajaan termasuk sektor swasta perlu diperluaskan ke peringkat serantau sekali gus dapat memperkukuhkan hubungan di antara negara Asia.
"Usaha secara kolaboratif melibatkan semua pihak berkaitan dalam keselamatan siber, kerajaan, agensi dari sektor swasta, sektor perbankan, universiti dan badan bukan kerajaan dalam mendepani ancaman siber perlu diperluaskan ke peringkatan kebangsaan dan serantau.
"Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuhkan hubungan antara negara Asia dan membantu meningkatkan kefahaman dalam menangani ancaman siber di peringkat Asia Tenggara," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Mar 29 2022
Menurut Wan Ahmad Dahlan, hampir 70 peratus daripada kes jenayah komersial ketika ini dikategorikan sebagai kes jenayah siber. - Gambar fail
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Saifuddin Nasution jumpa Brian Nelson esok, sampaikan pendirian negara
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan beliau akan bertemu dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.